photo e02fcb0a-ca62-449f-8013-71dd1ab93db7_zpsb09b7bda.png

Thursday, August 9, 2012

~Lailatur Qadar~

Ngah Duk x Buat Aper nie..Layan Blog la kejap..

Emm Dah Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan..So Maksudnyer Dah Hampir Malam Lailatur Qadar nie..
Beruntung La spe yg Dapat Ganjaran tue kan..

Mcm sedih plk Kali nie x dpt pegi Tarawih same2 Ngan Husband..Die pegi sorang2 jer..Mungkin ader hikmah & ak Harap Husband Tergolong dlm golongan yg terpilih tue.. Amin..

Disebabkan Husband Dah cuti Raya..So Tarawih Kat Kg Perlop jer la..Mesti gemuruh sorang2 tue..tpi xpe bior die kenal sikit ngan org kg nie..

Meh Nak Kongsi sikit Tanda2 Mlm Lailatur Qadar..(amik Kat Google jer)


Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Sumber : iLuvislam.com

#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!

No comments:

Post a Comment

(01-08-2006 ) Terjalin Satu Hubungan Cinta 2 Jiwa Amir & Eina

(01-08-2006 ) Terjalin Satu Hubungan Cinta 2 Jiwa Amir & Eina