Tuesday, August 2, 2016

♡ Hari ke- 27 ♡

Hai bertuah la kn klu betul konon nk update hari2..haha pejam celik pejam celik dh 27 ari duk wad.. Ape dibuatnye tah..konon busy haha.. Rutin harian sme je..tue yg xde nk cter kot.. Repeat scan 11hb 8.. Lambt lgi la nk dpt tarikh czernye.. Rini dpt berita adik aku dh turun tanda, Bleeding kul 3pgi.. Hope dipermudhkn la.. Sme bln la kot ngn ank aku nt.. InsyaAllah.. Rindu meera nie, smlm x dtg ayh x sempt nk bwk..rini x tau la dtg ke x.. Hope dtg la..

Friday, July 15, 2016

☆ Hari Ke - 9 ☆

#Placenta Praevia Type 4 Seperti selalu.. Bgn Mandi.. Kul 8- Breakfast Hospital sediakan Bun Kacang Merah + Air Milo Kul 8.15 Nurse ambil Tekanan Darah,check jantung baby, dgn check suhu badan. Kul 8.30 Baring2 sambil tgk fon.. Update blog Kul 9.00 Tido blk ^_^ Kul 9.15 Doctor dtg tgk.. Sambung tido Kul 11.30 Lunch Nasi putih+ ayam kari + sayur + Belimbing Kul 1 Kwn2 ofis dtg melawat.. Hilang la rindu kt diorg.. Blk je diorg terus sunyi huhu
Kul 2 Menung Layan fb Kul 3.30 Minum petang Air milo+ Biskut Kul 6.30 Dinner Nasi putih + ikan sambal +Sayur kobis+tauhu Jam seterusnye Banyk layan perasaan je la..nak buat ape lagi.. Nie pun dh kul 8 lebih..mata dh layu2 nk tido.. Setiap 4 jam nurse akan dtg amik tekanan darah..check jantung baby.. Hari nie abg sado busy sgt..msj pun x diblsnye..xpe la kejo mse nk blk rini la tue..

Thursday, July 14, 2016

♡ RINDU ♡

Bila rindu ku nyanyikan lagumu.. Haha betul ke lirik tah.. Main bedal je.. Mama hari nie cukup 8 ari duduk wad.. Syokk x.. Gila x syok haha rase nk lari dlm guni.. Nie duk menung selalu time2 nie ade la abg sado ngan si kenik meera tue dtg.. Tpi abg sado dh outstation xde la yg dtg.. Jp g lepas mahgrib bru adik bawakkan meera dtg jenguk.. Rindu gilanye kat diorg.. Hai selalu seminggu kena tinggal xde hal.. Nie dh duk wad..menung padahal bru 2 ari x jumpe.. Sik baik esok dh blk.. Kalau x meroyan kat spital haha.. Gataii.. Dah redho dh kne duduk sini sampai bersalin.. Allah nk bg rehatkn.. Tpi xpe mama duk buat karangan pasal placenta praevia nie.. Nt dh siap mama post.. Spe2 yg kne kes cm nie mesti googlekn.. Soo sedikit sebanyk boleh la kongsi pengalaman ^_^ Kul 6 tdi dh mkn.. Skrg lapo blk.. Tunggu mak dtg bwk mknn lah.. Hai mkn tido mkn tido jgn baby obes sudah.. X sabo nk jumpe meera.. #Rinduabgsado #Rindumeera

Wednesday, July 13, 2016

Krik krik

Welcome back.. ^_^ Lme dh krik2.. So skrg mummy to be nie dh cuti panjang Boleh la update mcm2.. Mukadimahnye.. Bg salam dulu lah Assalamualaikum..

Thursday, January 7, 2016

.:: Hasil Kerja Ameera ::.

Bismillah..
Every Day Kne Update Post Nie..
Kenangan Meera nanti..
Apa yg Die belajar Kt Sekolah..

~ Orentasi ~

~ First Day 04-01-2016 ~



Monday, January 4, 2016

.:: First Day Ameera To School ::.

Bismillah..

Rutin Harian Pun Berubah..
Baru mama Boleh Tunjukkan Tugas Seorg Ibu dgn jayanye hehehe..
Tido paling last..Bangun Paling Awai..

Alhamdulillah
Permulaan yg baik..
mama On Jer Lampu utk Solat Subuh..
Tgk Meera Pun Celik jgk..
Terus ckp, Nak g Sekolah..
Cayang Kakak Meera Sgt2..
Mama Harap Esok mcm hari nie jgk..

Okey la..first day xde kelam kabut..
sbb mlm tdi dh prepare semua Barang..
Just Buat Breakfast..
Mandi & siapkan Meera..
Sblm nie..sorg2 je mandi pgi..Haha..

Nak bg Pakai Pampers..
Die Jwb.."Meera nk g sekolah la mama"
Haha kn dh kne..

So Jom kita Layan Pic Excited ank mama nie..


Gambar Dri Tc..

Gambr dr Tc (Waktu Breakfast)



Sgt Excited

 x sabar nk Amik meera ptg kang ^_^

Friday, November 6, 2015

.:: BUASIR ::.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran
  • Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
  • Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Kebiasaan tanda-tanda awal berlaku sewaktu kita meneran ataupun bila memberi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan merasa sangat sakit kalau nak keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel yang melapisi saluran dubur itu. Jadi, bila ia sudah membengkak, najis nak keluar akan bergesel dengan buasir ni, jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.

Peringkat-peringkat Buasir

Penyakit buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain.
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.

Faktor-faktor yang menyebabkan buasir

1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;

Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat di atas.

Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.


Tanda-tanda penyakit buasir

1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.


# Mama mcm kne Buasir je..
#Fuhh kne Jumpa Doktor Cepat Nie..
#Risau plk..

(01-08-2006 ) Terjalin Satu Hubungan Cinta 2 Jiwa Amir & Eina

(01-08-2006 ) Terjalin Satu Hubungan Cinta 2 Jiwa Amir & Eina