photo e02fcb0a-ca62-449f-8013-71dd1ab93db7_zpsb09b7bda.png

Saturday, November 5, 2011

DeBaran Sudah Terjawab

Syukur Alhamdullillah,
Segala Persoalan Telah Terjwb..
Kalau Korang Ikuti syernye Blog pada tarikh (Saturday, October 22, 2011) syer ader kater syer demam,munth2..Kakak ader ckp..kalau ikut pengalaman dah ader isi tue..Syer amik x peduli jer aper yg die ckp..anggap sekadar gurauan..Lps tue..(Tuesday, November 1, 2011) Syer ckp Mood syer x menentu.. Pada Hari yg sme jgk.(Tuesday, November 1, 2011) syer tibe2 terasa nk bce aktikel2 b'kenanan dgn Kehamilan..Last Sekali (Friday, November 4, 2011) Husband Mengadu Munth2 Sakit Kepala & Demam..Bulan Purnama pun dah lewat 4 hari time tue..Tanda2 Ini yg menyebabkan syer Tergerak hati nk beli Pregnancy Test petang smlm syer g Giant cri ngan kwn2..Tpi hati Berat, takut nk m'cuba,Akhirnyer Ambil Kpts utk Test Pagi2 esoknye..Dan Akhirnyer Pagi tdi dengan tgn M'gigil sayer cuba..

Fuhh Tibe2 x sampai 10 Saat naik 1 line dkt T (tanda Hamil) syer ingtkan kalau T dulu xde pape la..lps 2 saat bru naik C..Patutnyer C dulukan haha Comfius..Tpi tgn still m'geletar lgi..Betul ker x..Muka mmg cuak giler la..dh kuar dri blk air bru rase nk senyum..Haha lambat sungguh..laju jer siap2 nk g keja awl..sbb nk singgah jumpe my husband dulu..nk dier la yg pertama tahu..xnk call sbb x dpt tgk reaksi muka dier nanti..


sampai kat kedai..dier pelik ak dtg..ak  gurau la..dier x bg Nafkah ari nie..senyum dier..syer panggil dier kat blkg..& tunjuk ujian tue..Haha kelakarnyer dier kater Maksud 2 lines tue ape..Syer jwb la..tanyer maksu..sekali lupe org tua mne tau maksud tue..diorg zaman dulu terus g jumpe doc jer.haha laki syer still terpinga2..sampai stu tahap..Sepupu die jerit aku tau mir..haha amir terus tanye 2 line tue aper..Hang nk jdi bapok la dier jwb..Fuhh syer tgk bkn main happy lgi..terus kecepuk die tepuk blkg Paksu dier..Siap jerit lgi..Adoii semangat dier..yg x tahannyer syer mintk Tea O ais..dier bg Kad bank..adoii nk buat aper yang oii..


Sampai Office ngan Perasaan Gembira..kwn2 tanyer cmne Result..hehe syer kater On la fb..hehe rupenye diorg pun x tau mksd 2 lines tue ape..Patut laki syer pun x tau..


Lps nie kalau Husband ckp ngan perut syer xde la nk gelak cm seblm2 nie..sbb ader yg dengar kat dlm..hehe..


(^_^)









Pregnancy Test

Fuhh Disebabkan Bnyk Tanda2 nyer..ak Pun amik Kptsn utk Beli Pregnancy Test..Tpi B'debar - debar lgi nie..Harus Or Tidak..

Dah pegang tpi simpan blk..Xpe la Pagi Esok Jerla Ak cube..

Seram..

Friday, November 4, 2011

~Husband Demam~

Kesian My Husband Demam Lgi..Duk Muntah2 tue..
Nk Buat Ape nie..Nk Blk La..
Boleh ke tinggl Office nie..
Erm..x senang hati nie diBuatnyer...

Thursday, November 3, 2011

~New Admin ~

hehe Seronok ak ari nie masuk lgi sorg Admin Bru..
yg plg seronoknyer dier amik keja ak 1..hehe x yah ak pening kepala pikir psl supply Brg Kat Office nie..
Syahirah nme nyer sedap nme tue..Elok pun sedap & kena ngan Muka dier tue..ala2 mamak..
Jadi Plk PA boss..hai pandai bos ak nie pilih org..

Setakat nie training dier okey la..lembut jer ckp ngan ak..segan plk nk ngajonyer,,tibe2 ak pun jdi ayu jugk hahaha..Poyoss..lembut xpe janji keja laju yer dik (^_^)

*p/s = kalau mcm nie punyer cre cmne aku nk raging hehe..kne taubat laa..jdi ayu plk..haha..

Wednesday, November 2, 2011

Gambar Terkini

Memandang kan kitorg pyh nk b'gmbr ha tdi saje duk gediz2..
Kalau Rindu tenung la puas2..hahha

 Agak Selekeh sikit haha..Belasah jer laaa..

10 Tanda


Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari... Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

ARTIKEL ASAL: Ustaz Zawawi Yusoh.

Tuesday, November 1, 2011

x Tahu Malu..Dengan Ak Dgn Allah, Dgn Diri Sendiri

Tgh Duk Boring2 nie..Sblm Study Duk Belek2 la FB nun..
Terpandang 1 Part yg amat lucu ak gambarkan..
Erm Kesian kat dier pun Ade..xde Motif..Maybe Dier nk Berborak Ngan Ak Kot..Tpi x Tau mcm mne..Rindu kat Ak ker pun Hahaha..Citt Podahhh..x Hinginn..

Orait Cmnie..BermulaLah Kisah Ahli Nujum yg x pandai sbnrnyer Tpi Main Agk jer..Haha Sekali Betul Daa..
Kalau Korg tgk Permainan Dier Nier mmg Licik..Bg Tau Kat Umum KononNyer DiGanggu..Tpi Korg Percaye x Sbnrnyer Dier yg Ganggu Org..Yela mne xnye kena kat batang idung ak...

Org Nie Menyamar jdi Org Lain La kononNyer..Guna Profil Org Lain..Ciss Pengecut..
Mula2 Kutuk2 Diri Dier..Lps Tue Kesian plk..Lps Tue Siap bg Blog Sendiri Kat Ak tue..Haha Bangang Bin Bahlul Tue..Ingat Teringin Ak nk Bce ker..Kejap Kutuk..Biler x dilayan..Puji plk..lps tue dah Kantoi..terus Elak Plk kononnyer ak Slh hahha..Permainan Aper tue jang Oiii..Org x Main Dah Zaman Skrg Nie..

Lps Tue Bnyk Perubhn Berlaku..Haha Nmpk sgt Beb..Ko x yh Main ngan Ak la lembu...

Hahaha Penat Korg Bce..Ak sebenarnyer Marah Kat Lembu La..hehe..Lembu Wat Hal..xnk makan Rumput plk..Lps Nie nk bg Die Makn Gandum La..biar jdi Ayam..Opss Bukan Bapak Ayam Ek..Ayam jer..

Haha Dah2 Menyarut tue..Dgr Cam My Husband Blk..Daaaa...

Kadang2 Org Aibkn Kiter Kiter Nampk..Padahal Kiter yg Aibkn Diri sendiri..

Seseorang itu boleh menjaga aibnya sendiri dengan beringat sebelum kena. Semua orang penah mengalami masalah bulu ketiak panjang. Bagi lelaki ia sangat kebiasaan dan bagi wanita ia sangat memalukan jika ia ada. Jika wanita itu dalam keadaan uzur (mengalami darah haid) ketika bulu ketiaknya panjang, mungkin tidak boleh di potong. Ada sesetengah pihak kata ia boleh di potong dan apabila ingin mandi wajib bawak bersamanya.

P/S : Kejadian ini berlaku ketika kami sedang belajar dalam kumpulan. Dalam kumpulan kami ada lebih 7 orang wanita. Kesemuanya 6 orang berpakaian sopan dan tidaklah bertudung termasuk saya sekali. Kami belajar di bilik yang di sediakan pihak asrama. Apabila kami ingin memulakan belajar secara berkumpulan, mata kami semua beralih ke arah seorang kawan kami. Kami tahu dalam kumpulan kami hanya wanita saja. Berpakaian seluar pendek boxer dengan baju tube bertali lipis dan halus. Kami berpakat ingin tegur secara baik.

Kami : Awak kenapa pakai baju macam ini

Y : Apa salah ke saya pakai macam ini

Kami : Cuba awak tengok pakaian awak

Y : Kenapa dengan pakaian saya

Kami : Awak bulu ketiak kelihatan dan juga bawah jika awak angkat kaki.

Y : Biasalah semua wanita ada bulu ketiak

Kami : Ye! kamu tahu semua wanita ada bulu ketiak, tapi lebih elok awak jaga aib awak dari orang lain lihat

Y : Saya tak faham lah, apa yang kamu fikir pasal saya

Kami : Teguran kami ini ingin memperbetulkan awak dari berpakaian

Y : Saya period hari ini, jadi tidak boleh potong

Kami : Kami semua tak kisah awak period atau tidak, tetapi jagalah tingkah laku berpakaian awak. Kalau awak nak tahu, awak yang mengaibkan diri awak sebenarnya

Y : Saya tak faham, kita semua wanita. Apa yang mengaibkan

Kami : Pendek cita, seorang wanita tidak bertudung bergambar dan meletakkan dalam facebook. Selepas dia muat naik, seorang lelaki terlihat tahi lalat anda berada di leher. Wanita itu merasa malu apabila seorang lelaki memberi teguran pada wanita itu.Padahal, dia tahu jika dia meletakan gambar itu, kemungkinan dia akan merasa dirinya malu. Tetapi kenapa dia buat. Salahkan siapa sebenarnya dalam situasi ini. Itu baru teguran tahi lalat dan wanita itu terasa kecik hati. Ia mungkin 1 gurauan tetapi ia mendalam di sebalik maksudnya. Cuba sekarang ini awak lihat dengan pakaian awak. Adakah ia sempurna? Kalau awak rasa tidak bersalah di persilakan awak pakai pakaian ini. Tetapi kami ingin anda tutup ketiak anda, kerana kami geli dan nak termuntah. Kami semua berpakat ingin awak keluar dari bilik ini atau kami yang keluar kecuali awak ubah penampilan diri awak.

Y : Baru saya faham apa itu maksud mengaibkan. Ia bukan datang dari seseorang tetapi datang pada diri kita.

P/S : Article ini bukan ingin mengaibkan si mangsa, tetapi kami ingin memberi kesedaran yang mendalam apa itu isu mengaibkan dan akhlak berpakaian. Jika anda semua ingin tahu tentang mengaibkan sila fahami ini ayat ini. Lagi satu, wanita tidak manis ada bulu ketiak. hehehehehe

Tanda-tanda Kehamilan

Tibe2 Ak terase nk bce info2 nie..Kenapa & Menyapa..Ak x Berape Nak Pasti..


Adakah anda sedang hamil? Kebanyakan wanita tidak menyedari diri mereka telah hamil selepas mereka terlepas haid selepas seminggu hingga 2 minggu.

Jika anda tidak mencatat tarikh menstrual anda atau ianya kadangkala tidak tetap setiap bulan, adalah sedikit sukar untuk memastikan bilakah haid anda akan datang untuk bulan berikutnya. Tetapi jika anda mulai merasakan akan simptom-simptom berikut dan tidak datang haid untuk beberapa ketika, anda mungkin sudah pun berjaya hamil. Dapatkan alat pengesan kehamilan dan ketahuilah sekarang.

1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.

3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

6. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.

9. Suhu badan meningkat

Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

_Mood_

Asl Mood x Betul Nie..Kejap2 Okey ..Kjp2 x Okey..Parah Nie..

(01-08-2006 ) Terjalin Satu Hubungan Cinta 2 Jiwa Amir & Eina

(01-08-2006 ) Terjalin Satu Hubungan Cinta 2 Jiwa Amir & Eina